Tuesday, January 29, 2019

Bagaimana Menguruskan Maklumat

Apa yang saya dapat fahami dari infographic ini ialah pada rajah diatas , data yang dicari , dikumpulkan . 

Kemudian dibahagikan mengikut topik atau bahagian . 

Seterusnya , disusun dengan teratur mengikut topik yang telah dibagikan supaya dapat mendapat gambaran yang jelas tentang sesuatu topik . 

Akhir sekali , setiap topik yang telah siap disusun atur , akan dibentangkan secara teratur dan lebih mudah untuk difahami oleh orang yang lain . 

Monday, January 28, 2019

TIPS KITAR SEMULA

TIPS KITAR SEMULA
  • Pemeliharaan sumber semula jadi Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan barang baru.

  • Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya.
Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen lain yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuantiti yang sedikit adalah cara mengurangkan penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.

  • Menjimatkan kos
Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah dan pengguna-pengguna individu.

  • Perniagaan sektor industri. Juga mempunyai insentif ekonomi dengan amalan pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang – barang yang kurang pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan. Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar. Ia boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah.                                                                                       
  • Pengguna. Pengguna juga boleh berkongsi keuntungan ekonomi daripada pengurangan sumber. Membeli barang secara pukal, dengan pembungkusan yang kurang atau yang boleh digunakan semula dengan kerap membawa kepada penjimatan kos. Apa yang baik untuk alam sekitar juga baik untuk poket anda! Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. 

  • Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

  • Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.



rujukan di https://www.ekuntum.com.my/page.php?id=10


Monday, January 21, 2019

Jawapan Quiz 1

1. Apakah itu Kanban? Jelaskan Fungsinya.
( 3 Markah )
KanbanFlow adalah alat pengurusan projek dalam talian yang membantu anda memvisualisasikan dan bekerjasama dengan ahli pasukan.

2. Jelaskan fungsi Pomodoro dan nyatakan 3 kebaikannya ? 
( 5 Markah )
Teknik Pomodoro adalah kaedah pengurusan masa . 3 kebaikannya ialah dapat menguruskan masa dengan lebih teratur , membuatkan diri lebih berdisiplin dan produktiviti harian semakin meningkat . 

3. Apakah itu Blog ? Apakah bezanya dengan email ? 
(2 Markah)
Blog ialah laman yang boleh dilihat oleh orang ramai manakala email pula ialah satu portal privasi untuk kegunaan seseorang dan tertutup.

4. Apakah kegunaan Embeded? 
(2 Markah)
Embeded ialah sistem yang digunakan untuk kongsi kandungan sesuatu laman web ke laman blog.

Hobi Saya

hobby bossku

Hello World

Hello World

Selamat Datang Ke Blog Saya

Jangan tercyduk guys!